Sejarah pefileman Anak Pontianak

Pembangunan

Filem Anak Pontinak merupakan jawapan oleh Shaw Brothers’ Malay Film Production, selepas kejayaan Cathay Keris menghasilkan siri filem pontianak. Kejayan filem Pontianak, filem Dendam Pontianak dan filem Sumpah Pontianak yang semuanya dibintangi oleh Datuk Maria Menado yang diarah oleh mendiang B.N. Rao.


Penggambaran

Penggambaran filem Anak Pontinak dilakukan di Singapura. Penggambarannya dilakukan dengan menggunakan lampu malap, dan kadang-kala dengan lampu belakang. Ia memberi kesan malap dan dramatik, dan juga ia dapat dilakukan dengan kos yang rendah.

Sungguhpun begitu, perbezaan penggunaan lampu dalam penggambara dalam dan luar studio, dilakukan tanpa mengambil kira keseimbungan antara penggambaran. Antaranya, penggambaran Anak Pontianak sering bersilih ganti antara penggambaran gelap dalam studio dengan penggambaran luar studio yang cerah, sungguhpun kesemua ini sepatutnya berlaku pada waktu malam. [1]